Aug 24, 2004

Aku dan Kamu....

Orang mengenaliku..aku kenal diriku. Ape yang orang tahu tentang aku? Entahlah dan aku takkan salahkan mereka kalau nak fikir apa pun tentang seorang aku. Lain macamkan cara aku bercakap, entahlah mungkin penat sket. Alhamdulillah hari ni masih diberi kesempatan olehNya utk terus berpuasa. Ermm..aku tak punya banyak amal. Mungkin dengan cara ini boleh kujadikan bekal utk ke sana.

Hari ni aku rasa betul-betul teruk sebab..nak tahu ke kenapa? Ermm..oleh kerana aku suka berkongsi,tak perlu rasanya merahsiakan segala. Aku ‘tuang’ kelas Rason dan Personality hari ni. Aku rasa letih sket ar..aku taknak ‘gelita’dlm kelas. Aku akan ganti semula waktu yang aku ‘curik’ tadi. Tapi masalahnya aku mungkin akan terpaksa mengorbankan perkara lain plak..astaghfirullah! Maafkan aku!

Gembira rasanya dapat kumpul duit ngan Ezrin utk bagi bunga pada abg Fahmi dan Kak Gee. Aku, Red, Ezrin dan Ayu punyalah berlari nak bagi bunga kat abg Fahmi pasal dia dah nak balik..hehe! Tunggulah kot ye pon. Kalolah dia balik camtu je..mesti aku ngan Ezrin sedih wooo! Tadi aku call abang, dia ade hal! Entah nape aku rase sedih. Kelakarlah..aku tetiba jadik sensitive. Tapi optimisnya, ia tak lama. Takpelah, siapalah aku nak dilayan setiap masa dan aku taknak amalkan cara tu kalo bleh. Emak dan ayah dah lama melatih utk berdikari. Mekasih mak ngan ayah. Aku memang suka stand sendiri tapi ada gak kata yang aku manja (hehe! kelakar kelakar) Entahlah , yang aku tau aku senang bersama org lain. But then as I mentioned before, aku ni suka lone ranger gak, bukan utk memencilkan diri apatah lagi utk mementingkan diri sendiri tapi aku cuma nak masa utk berjalan,melihat,mentafsir malah berfikir. Kadangnya banyak cakap lagik banyak beri dosa, rite? So, aku ni tak tentu sesangat. Kejap camtu, jap camni. Biasalahkan..walau aku ni friendly (kata orang) tapi aku ni suka gak sensorang layan jiwa, jiwang kot! hehe (Itu pun orang kata) Ouh ye, teringat plak kat Dik Rin. Dah habis gaknye trial PMR. Eh, for surelah dah pasal skang bebudak ngah cuti.

Bercakap pasal cuti hari ni adik2 SMP datang. Syok giler rasanya dapat jumpe Aiman, Luqman, Bob, Hadi, wan, Syafiq, dan Pedot. Ape yang mampu, kenalah aku jalankan. Kesian plak kat depa pasal nak cari seat tadi punyalah susah. Last2 lepak kat galeri. Memasing antara kami sibuk, jadi tak ramai yang bleh temankan adik2 tu. Petang bawak gi Convest Hill. Mekasih Red, Ezrin dan ayu kerna sudi bersama aku. Aku yang sambut adik2 tu, so terasa tanggungjawabnya. Kalo bleh nak lihat mereka depan mata. Bukan tak percaya tapi memegang kasih dan amanah. Nasib baiklah Red willing nak amik depa balik ke bilik, taklah depa terkapai-kapai.

Terkadang fikir balik, aku ni memang suka nak korbankan diri utk orang lain (ramai yang cakap aku camtu) Perasan aku, mak asuh kami agar layan orang ngan baik. Sungguh! Aku cuba nasihat diri agar tak harap balasan, apa lagik nak tunjuk baik.Sekadar menjadi diri sendiri, trade mark kot..hehe! Melihat saja senyuman di bibir insan lain, aku puas! Itu mungkin cara aku menyampaikan kasih sayang jadi aku cam tak kisah kalo bersusah utk orang lain. Harapnya aku tak extreme sesangat. Kata orang biar berkorban jangan sampai terkorban..hmm! Betullah tu. Aku tak fikir yang aku menghamba diri tapi inilah aku. Aku sayang orang lain, macam nilah…aku nakkan senyuman dan gembira mereka di kehidupan ini, buat aku jua tersenyum dan gembira meladeni kehidupan. Aku ingin kongsikan kasih sayang bersama insan lain, menghadapi kehidupan dengan bahagia tanpa tribulasi, indeed kalo ade probs pon bleh sesame selesaikan, tak gitu?
Tuhan! Aku kan sepi tanpaMu dan nikmat kasih ini. Biar aku meredah hidup dengan limpah kasihMu dan kebahagian bersama insan lain, ameen!

No comments: